Wednesday, April 23, 2014

BAHAYA BAHAN KIMIA DALAM PENCUCI & PEWANGI VAGINA

       


          Ramai wanita tidak sedar betapa bahayanya produk pencuci vagina yang boleh membawa risiko jangkitan kronik pada bahagian faraj,risiko menghidap kanser pada bahagian peranakan dan kanser pangkal rahim.

Produk seperti ini boleh menyebabkan kemandulan, keguguran kandungan dan juga boleh menyebabkan kematian akibat sepsis atau keracunan dalam darah.

Kajian juga menunjukkan bahawa sesetengah ubatan yang dimakan atau yang dimasukkan dalam faraj mengandungi alum, boric asid dan kapur. Bahan -bahan ini bertujuan untuk mengeringkan dan mengesatkan faraj.Keadaan begini membahayakan kesihatan kerana boleh mencederakan faraj semasa melakukan hubungan kelamin.

Selain dari merosakkan dinding faraj, bahan yang digunakan pula boleh menyebabkan kanser. Pencuci dan  pewangi alat sulit wanita pula membahayakan kerana walaupun dikatakan mengandungi herba atau berasaskan daun sireh tetapi isi kandungan akan bertukar menjadi bahan kimia yang terurai akibat dari bahan yang digunakan dalam jangkamasa yang lama, hasil kajian pengunaan herba yang segar lebih baik kerana bahan kimianya masih belum tercampur dengan bahan radikal bebas yang terdapat dalam udara serta persekitaran kita.

Pencuci & pewangi mengandungi bahan pewarna, isobutane myristate, mineral oil, alcohol, hydrate silica, magnesium stearate, benzyl alcohol, propylene glycol dan paraben.

Kesemua bahan -bahan ini boleh menyebabkan radang faraj, jangkitan kuman serta kulat yang boleh menyebabkan keputihan, cecair busuk keluar dari faraj dan juga kerosakan sistem peranakan

Pengunaan bahan- bahan ubatan yang ada dipasaran haruslah diambil berat kerana penguna wanita harus peka dengan bahan yang digunakan supaya tidak terjadi sebarang penyakit yang kronik di kemudian hari akibat pengunaan bahan kimia yang mengakibatkan radangan pada vagina atau kesakitan melampau pada faraj seperti rasa terbakar atau melecet, rasa kegatalan dalam lubang faraj dan juga terjadinya keputihan yang melampau atau tumbuh bisul pada tundun kemaluan atau bibir faraj akibat pertukaran hormon pada usia atau kerana pengunaan bahan kimia dalam ubatan yang digunakan.

Para wanita sekalian jagalah kesihatan dalaman anda, amalkan cara hidup yang sihat, amalkan pemakanan yang sihat dan juga kehidupan sexsuality yang bersih mengikut landasan Islam yang mana setiap solat yang kita lakukan dalam kehidupan kita adalah satu senaman untuk kenikmatan yang allah anugerahkan .
Bagi lelaki berdiri serta rukuk dan sujud merupakan senaman untuk tulang belakang dan pinggang bagi penghasilan hormon sexsuality.
Bagi wanita pula ketika rukuk dan sujud adalah penjagaan pinggang dan organ dalaman seperti bahagian peranakan dan saluran ovari serta membuang angin yang berada di dalam faraj.