Wednesday, April 23, 2014

BAHAYA BAHAN KIMIA DALAM PENCUCI & PEWANGI VAGINA

       


          Ramai wanita tidak sedar betapa bahayanya produk pencuci vagina yang boleh membawa risiko jangkitan kronik pada bahagian faraj,risiko menghidap kanser pada bahagian peranakan dan kanser pangkal rahim.

Produk seperti ini boleh menyebabkan kemandulan, keguguran kandungan dan juga boleh menyebabkan kematian akibat sepsis atau keracunan dalam darah.

Kajian juga menunjukkan bahawa sesetengah ubatan yang dimakan atau yang dimasukkan dalam faraj mengandungi alum, boric asid dan kapur. Bahan -bahan ini bertujuan untuk mengeringkan dan mengesatkan faraj.Keadaan begini membahayakan kesihatan kerana boleh mencederakan faraj semasa melakukan hubungan kelamin.

Selain dari merosakkan dinding faraj, bahan yang digunakan pula boleh menyebabkan kanser. Pencuci dan  pewangi alat sulit wanita pula membahayakan kerana walaupun dikatakan mengandungi herba atau berasaskan daun sireh tetapi isi kandungan akan bertukar menjadi bahan kimia yang terurai akibat dari bahan yang digunakan dalam jangkamasa yang lama, hasil kajian pengunaan herba yang segar lebih baik kerana bahan kimianya masih belum tercampur dengan bahan radikal bebas yang terdapat dalam udara serta persekitaran kita.

Pencuci & pewangi mengandungi bahan pewarna, isobutane myristate, mineral oil, alcohol, hydrate silica, magnesium stearate, benzyl alcohol, propylene glycol dan paraben.

Kesemua bahan -bahan ini boleh menyebabkan radang faraj, jangkitan kuman serta kulat yang boleh menyebabkan keputihan, cecair busuk keluar dari faraj dan juga kerosakan sistem peranakan

Pengunaan bahan- bahan ubatan yang ada dipasaran haruslah diambil berat kerana penguna wanita harus peka dengan bahan yang digunakan supaya tidak terjadi sebarang penyakit yang kronik di kemudian hari akibat pengunaan bahan kimia yang mengakibatkan radangan pada vagina atau kesakitan melampau pada faraj seperti rasa terbakar atau melecet, rasa kegatalan dalam lubang faraj dan juga terjadinya keputihan yang melampau atau tumbuh bisul pada tundun kemaluan atau bibir faraj akibat pertukaran hormon pada usia atau kerana pengunaan bahan kimia dalam ubatan yang digunakan.

Para wanita sekalian jagalah kesihatan dalaman anda, amalkan cara hidup yang sihat, amalkan pemakanan yang sihat dan juga kehidupan sexsuality yang bersih mengikut landasan Islam yang mana setiap solat yang kita lakukan dalam kehidupan kita adalah satu senaman untuk kenikmatan yang allah anugerahkan .
Bagi lelaki berdiri serta rukuk dan sujud merupakan senaman untuk tulang belakang dan pinggang bagi penghasilan hormon sexsuality.
Bagi wanita pula ketika rukuk dan sujud adalah penjagaan pinggang dan organ dalaman seperti bahagian peranakan dan saluran ovari serta membuang angin yang berada di dalam faraj.

Tuesday, January 25, 2011

SPA VAGINA

            Tingkatkan keyakinan dengan Spa Vagina

Spa Vagina adalah terapi yang telah di praktikkan sejak ribuan tahun dahulu untuk mencegah dan mengatasi masalah keputihan, memperbaiki sistem alat sulit, memberi kesegaran dan meningkatkan keinginan seksual.
Teknik Wap panas atau asap yang menggunakan herba seperti kunyit, temulawak ,akar cendana dan rempah ratus tambahan akan menghangatkan alat sulit wanita selain disertai senaman kegel yang melibatkan pergerakan  otot vagina. Amalan spa dengan durasi dua kali sebulan mampu meningkatkan keyakinan wanita terutama yang telah berumahtangga agar  perhubungan intim lebih bermakna. Terapi ini bermanfaat jika dilakukan sebelum dan selepas kedatangan haid. Namun perlu diingatkan , wanita yang datang haid, menghidap penyakit kelamin dan mengandung tidak di benarkan  menjalani terapi ini.
Kepada bakal pengantin, ia dapat menjaga kebersihan alat sulit, mencantikkan kulit, menenangkan otot dan saraf yang tegang semasa persediaan perkhawinan serta memperbaiki peredaran darah dan tenaga dalaman.    Bagi wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak pula ia berkesan untuk :

  • Mengembalikan keanjalan vagina.
  • Menguatkan otot-otot pinggul.
  • Relaksasi.
  • Memulihkan keseimbangan tubuh melalui rawatan badan, minda dan semangat.

Monday, January 24, 2011

Mandi Sauna untuk Langsingkan Badan

Kebanyakan wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan langsing di samping usaha untuk menyingkirkan lemak berlebihan di tubuh terutama bahagian punggung, paha dan perut.
Mereka melakukan pelbagai jenis senaman , mengikuti aktiviti lasak, memakan pil, mengawal pemakanan dan pelbagai lagi untuk mencapai susuk badan yg di dambakan.
Tahukah anda mandi sauna adalah cara paling mudah dan sihat untuk menyingkirkan lemak berlebihan di bahagian tubuh? Pembakaran lemak dengan mandi sauna berbanding aktiviti  lain mempunyai perbezaan yang cukup ketara iaitu:
  • Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
  • Aerobik selama 30 minit membakar 400 kalori.
  • Berbasikal selama 30 minit membakar 250-500 kalori.
  • Joging selama 30 minit membakar 300 kalori.
  • Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori.

Penggunaan sauna bermula lebih 2000 tahun dahulu di Findland. Perkataan sauna dikenali sebagai 'sawnah' yang bermaksud 'mandi' atau 'rumah mandian' dan memperkenalkannya kepada penduduk Amerika Syarikat pada 1638.
Mandian sauna dilakukan di dalam bilik bersuhu 80-100 celcius untuk mengalakkan perpeluhan dalam dlm masa yg sama mencairkan lemak utk ditukarkan kepada tenaga selama 10 hingga 20 minit.
Bagaimanapun, anda perlu berendam dengan air sejuk untuk mengembalikan suhu badan.Antara heba yg digunakan sebagai ramuan untuk wap sauna adalah pokok yang tumbuh di kawasan belukar seperti daun pasli, chives, marjoram, thyme, selasih, jintan, dill, oregano, rosemary dan saderi yang telah dikeringkan dan dididihkan sebelum wapnya disalurkan ke dalam bilik sauna.

Mandian wap sauna selama 15 hingga 20 minit setiap kali dengan kekerapan 3 kali seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
Minum air yang secukupnya sebelum dan selepas penggunaan herba sauna dan anda disarankan memakan buah-buahan selepas penggunaan.Melakukan sauna ketika kekenyangan tidak di galakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.

Bagi individu yang ingin kelihatan langsing dengan mandian sauna lakukanlah mandian selama 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi selama 10-20 minit lagi. Amalkan selang sehari utk tempoh dua minggu dan anda akan melihat hasilnya.

       Kelebihan Mandi Sauna
  • Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
  • Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
  • Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadminum, lead dan merkuri.
  • Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi dan sengal tulang.
  • Meningkatkan sistem kardiovaskular.
  • Menghilangkan tekanan dan perehatan otot.
  • Melancarkan peredaran darah dan meningkatkan penghasilan sel darah putih.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki.
  • Meningkatkan tahap metabolisme.

          Tips Mandi Sauna
  •  Jangan terlalu kenyang sebelum mandi sauna.
  • Bagi yang menghidap penyakit paru-paru atau penyakit hati yang tidak kronik tidak dibenarkan mandi sauna dan mesti mendapat kebenaran doktor terlebih dahulu.
  • Jangan mengambil alkohol sebelum mandi sauna kerana ia akan menghilangkan kelebihan mandi sauna.
  • Jika terasa pening kepala atau pernah mengalami masalah pernafasan semasa mandi sauna cepat - cepat keluar daripada bilik mandi sauna.
  • Jauhi penggunaan dadah kerana ia akan mengubah mekanisma badan dan boleh menyebabkan kesan buruk sewaktu mandi sauna.
  • Kanak-kanak hanya boleh mengunjungi pusat sauna setelah mendapat kebenaran daripada orang dewasa.
  • Nikmatilah wap mandian sauna selama mana anda rasa selesa.