Monday, January 24, 2011

Mandi Sauna untuk Langsingkan Badan

Kebanyakan wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan langsing di samping usaha untuk menyingkirkan lemak berlebihan di tubuh terutama bahagian punggung, paha dan perut.
Mereka melakukan pelbagai jenis senaman , mengikuti aktiviti lasak, memakan pil, mengawal pemakanan dan pelbagai lagi untuk mencapai susuk badan yg di dambakan.
Tahukah anda mandi sauna adalah cara paling mudah dan sihat untuk menyingkirkan lemak berlebihan di bahagian tubuh? Pembakaran lemak dengan mandi sauna berbanding aktiviti  lain mempunyai perbezaan yang cukup ketara iaitu:
  • Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
  • Aerobik selama 30 minit membakar 400 kalori.
  • Berbasikal selama 30 minit membakar 250-500 kalori.
  • Joging selama 30 minit membakar 300 kalori.
  • Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori.

Penggunaan sauna bermula lebih 2000 tahun dahulu di Findland. Perkataan sauna dikenali sebagai 'sawnah' yang bermaksud 'mandi' atau 'rumah mandian' dan memperkenalkannya kepada penduduk Amerika Syarikat pada 1638.
Mandian sauna dilakukan di dalam bilik bersuhu 80-100 celcius untuk mengalakkan perpeluhan dalam dlm masa yg sama mencairkan lemak utk ditukarkan kepada tenaga selama 10 hingga 20 minit.
Bagaimanapun, anda perlu berendam dengan air sejuk untuk mengembalikan suhu badan.Antara heba yg digunakan sebagai ramuan untuk wap sauna adalah pokok yang tumbuh di kawasan belukar seperti daun pasli, chives, marjoram, thyme, selasih, jintan, dill, oregano, rosemary dan saderi yang telah dikeringkan dan dididihkan sebelum wapnya disalurkan ke dalam bilik sauna.

Mandian wap sauna selama 15 hingga 20 minit setiap kali dengan kekerapan 3 kali seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian.
Minum air yang secukupnya sebelum dan selepas penggunaan herba sauna dan anda disarankan memakan buah-buahan selepas penggunaan.Melakukan sauna ketika kekenyangan tidak di galakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.

Bagi individu yang ingin kelihatan langsing dengan mandian sauna lakukanlah mandian selama 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi selama 10-20 minit lagi. Amalkan selang sehari utk tempoh dua minggu dan anda akan melihat hasilnya.

       Kelebihan Mandi Sauna
  • Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
  • Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
  • Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadminum, lead dan merkuri.
  • Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi dan sengal tulang.
  • Meningkatkan sistem kardiovaskular.
  • Menghilangkan tekanan dan perehatan otot.
  • Melancarkan peredaran darah dan meningkatkan penghasilan sel darah putih.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki.
  • Meningkatkan tahap metabolisme.

          Tips Mandi Sauna
  •  Jangan terlalu kenyang sebelum mandi sauna.
  • Bagi yang menghidap penyakit paru-paru atau penyakit hati yang tidak kronik tidak dibenarkan mandi sauna dan mesti mendapat kebenaran doktor terlebih dahulu.
  • Jangan mengambil alkohol sebelum mandi sauna kerana ia akan menghilangkan kelebihan mandi sauna.
  • Jika terasa pening kepala atau pernah mengalami masalah pernafasan semasa mandi sauna cepat - cepat keluar daripada bilik mandi sauna.
  • Jauhi penggunaan dadah kerana ia akan mengubah mekanisma badan dan boleh menyebabkan kesan buruk sewaktu mandi sauna.
  • Kanak-kanak hanya boleh mengunjungi pusat sauna setelah mendapat kebenaran daripada orang dewasa.
  • Nikmatilah wap mandian sauna selama mana anda rasa selesa.
 

        

No comments:

Post a Comment